Belit
Selit selagi ada ruang
Bicara selagi ada daya
Kau anggap aku senang
Memang kau terpedaya
Aku hirup ketekanan ketegangan
Tunggu aku saat kau hilang
Luput dari kehidupan
Kau mampus Aku kan sorak
Biar terbeliak biji mata
Melihat Aku dikemuncak
Aku Rimas
Kalaulah di ketika yang lalu ada senandung bagimu
akan aku tujukan lagu ini untuk mu
Cuma sayang waktu itu kekata tak tercapai
tinggallah aku merana, terbengkalai
Tajuk: Rimas (dendangan The Fabulous Cats)
Lari, lari, lari
Aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari, cari, cari
Ketenangan diri
Pergi, pergi, pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu, mahu
Engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu
Lafaskan kata dari bibir
Adakahnya dari hati
Mungkin kau tak fahami maksudnya
yang tersembunyi
Titisan air mata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini
Mengapa…
Aku yang terluka..
Aku yang merana…
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas, rimas
aku rimas
Tidak pesona kecundang
Istana jiwa ku goyang
Roboh dan tumbang
Sawan ku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang-siang
Bukannya alang-kepalang datangnya perang
Dan bawa ku ke jurang
Pulanglah sayang janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garang ku Terbang melayang
Terbongkang ku terbangkau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
terkangkang kira ku tak diundang kurapuh
semua tak bertiang janji ku kini kan berulang
Lari-lari aku
Lari tinggalkan…
Tinggalkan semua ini
Untuk mencari… Untuk mencari…
ketenangan
aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi,
kini ku pergi
tinggalkanmu sendiri
lemas ku dalam pelukan mu
tidak ku perlu kau begitu
inikah ertinya bercinta
berikan ruang agarku selesa
Mengapa…
Aku yang terluka..
Aku yang merana…
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta..
Aku yang sengsara..
Rimas,rimas..
aku rimas
Dering
Langkahlah ke arah di mana aku berpaling.
Suarakan lunak anggapan kau itu di tempat yang asing.
Aku bukan sahabat.
Aku bukan kerabat.
Telah kian aku mendengar. Aku kenali. Aku dipijak.
Mungkin tidak akan engkau rasai empunya riak.
Karya aku bukan untuk yang bakhil.
Aku berkarya untuk membantu yang adil.
Sudikah kau menyelok saku dan membahagikan apa yang ikhlas?
Mampukah kau rubah yang elok dan menyejukkan yang panas?
Tiap deringan bagaikan peniti halus memercik mata.
Bukan sombong bukan angkuh bukan membelakang semata-mata.
Kau ceritakan hingusan detik mereka menantikan tonjolan hebat mu.
Kau luahkan isi-isi bersahaja yang aku tafsir hanya mungkin dipandang bongkak…
dan bukan sekadar memenuhi masa.
Andaikata kau gagal akan kau tangiskan dalam sunyi.
Andaikata kau jaya adakah aku kan berkongsi nama?
Nasihat dari yang muda ini telah berliur dikeliling bibir.
Hanya menanti saat kesedaran engkau hadir.
Langkahlah ke arah di mana aku berpaling.
Tetap aku berpaling walau sekerap mana kau dering.
Pancut-pancut Terkeluar
Pancut-pancut terkeluar, sebut-sebut tersebar…
Salah buat kelakar, nanti kena tendang kat buah…
Ok tak kelakar…
Takper ah!
Ku Dambakan Amin
Putus benangku lagi tanpa suara, tanpa merasakan nyiur yang ditiup bayu larut. Titis airmata kekesalan tidak mungkin ada dayanya membangkitkan lagi cinta yang merah. Sungguh teringin aku hulurkan sesuatu walau setakat niat yang bisu tapi kau berdua hanya mampu menangis dan melambai dalam mimpi yang terkhayal. Pastinya, aku akan dikau kenali siapa bila berakhirnya apa yang telah puas dinodai. Engkau kebanggaan syurga dan diri ini hanya bisa bertunduk malu walaupun aku hanya setakat berdepan belakangmu, yang diantara kita tidak pernah tercetus langsung sentuhan sayang. Bilakan kita bersapa? Ku dambakan amin… walaupun amat jauh haruman syurgaku.
Semalam Sebegini Aku Yang Sama
Terik-terik hari sebegini melayangkan aku ke pemikiran yang dipenuhi tanda tanya. Adakah sempat ketidak sampaian aku untuk memeluk pelangi nan jauh lagi tiada? Andaian aku mengejari mimpi sama sekali impian yang kurang nyata terutama pabila mimpi hanya igauan dan khayalan yang tiada pendirian bernas.
Senyuman akan hanya diukir saat-saat aku dipesongkan dari realiti yang jauh berbeda keadaannya. Teriakkan sanubari ini yang makin kehilangan jeritan halusnya akan aku pasti menjadi bisikan yang letih suatu waktu nanti. Mana bisa, bilakan jeritan batin hanya jeritan minda yang tidak bersuara? Mungkin kehausan cita yang tidak hadir lagi mematikan semangat yang senantiasa ada di jiwa untuk aku teruskan langkah. Atau mungkin ia berbisik tanda lega yang akan menepuk kuat ke kepala ku yang itu bukan yang aku cari. Adakah aku mengejari bayangan aku sendiri yang selalu ada di sisi tanpa kesedaran atau aku hanya mahukan bayang-bayang hitam yang tiada ada dan tiada guna kecuali tersembunyi di balik sinar?
Selesai sudah cebisan coretan pendek ini, masih lagi aku dahagakan ia. Cuma tinggal satu lagi soalan yang berbelah bagikan nafsu kepuasan diri ini sendiri… Untuk mengejarkan pelangi yang dari lazimnya tiada tapi jauh, mimpi yang tiada nyata atau bayangan yang dekat lagi gelap? Antaranya… Semalam sebegini aku yang sama.
Malam Sepi Berajakan Bulan
Apa Itu Cinta?
Pukulan ombak, hembusan dingin angin malam bagai berteriak berseluruh ke pendengaran ini betapa harusnya aku menikmati kehadiran kecantikkan malam itu. Sesungguhnya aku memang masih tersenyum akan apa yang aku masih miliki. Sesungguhnya aku tetap mencabar sanubari sendiri akan apa yang masih kurang. Sesungguhnya aku terlalu angkuh pabila memikirkan hasrat tersendiri yang kekadang berhajatkan sesuatu yang berbaur nafsu.
Berdua, aku menikmati keheningan malam tadi bersama cinta, tidak aku nafikan. Ku petik cebisan-cebisan itu buat kenangan hari depan seandainya aku tidak mampu memiliki apa yang aku syukurkan ada di waktu kini. Cinta kelihatan amat berahi di mata aku walau hanya cinta itu menghulurkan senyuman ikhlas. Walau hanya cinta berbisik-bisik manja ke telinga ini langsung menghembuskan nafas sambil mengukir bicara lembut.
Andai aku bisa memiliki cinta, akan aku rasakan sepenuhnya yang selama ini didamba. Tak terlintas untuk aku bersimpan sayang aku untuk aku hadiahkan seikhlas jiwa kepada cinta. Akan aku bekalkan rindu sepanjang hayat seandainya cinta tiada dekat di sisi aku walaupun setakat jauh di tanah yang lain.
Malam ini aku tiada cinta berdampingan dengan ku seperti malam itu. Mungkin cinta jauh atau mungkin cinta belum milik aku lagi setakat ini. Yang aku kenali dan pasti, aku sayang dan rindu akan cinta. Akan aku pandangi langit malam ini lagi, selagi cinta belum boleh aku miliki. Sekadar impian naluri, kekata duniawi, yang aku ingini…
Kekasih Dambaan Rinduilah Aku
Kekasih dambaan
Ku hunuskan pedang cinta
Haruman ikal wangian diri
Halusnya nafas kuat mendekati
Di saat keresahan malam
Hitam pandangan jelas tertutup
Aku kenali samar hembusan
Tanpa lafaz suaramu ku kucup
Tenang keayuan bermandi cinta
Basah seluruh jiwa naluri
Berlagu sudah syair bersama
Waktu terpanah dalam sanubari
Rinduilah aku
Walau hanya seketika
Doa aku seru akan
Seluas pandangan dunia
Pandangilah aku
Walau hanya sekelip mata
Akan aku persembahkan kasih
Lirikan asmara indah
Ingatilah aku
Walau hanya di sini
Akan aku hadiahkan cinta
Kasih sayang kekal abadi
Kekasih dambaan
Ku hunuskan pedang cinta
Damba tersungguh malam pertama
Yang kau hiasi khas buat dirinya
Engkau Senantiasa Aku Ingati
Kekadang pikiran itu terlintas
untuk kembali membuat kau tertawa
Selalu hati ini tergerak
untuk memeluk kecantikan itu lagi
Teringat jelas suara itu
memekik kebencian dan sayang
Yang slalu tak pernah gagal membuat aku melayang
Setakat malam itu saja cerita kita
Setakat itu sahaja novel kasih kita ditulis
Maafkan aku andai kau terbaca cebisan ini
Maafkan aku jika diri terlukai
Akan engkau senantiasa aku ingati…
Suddenly I Feel
"So solemn inside when I browsed through my thoughts
what I penned in history.
Suddenly I feel so attached to life that I can imagine
myself cry if I were to let go what I have right here.. right now.
Suddenly I feel so dark yet so bright the distant light
that is shining on me, telling me I shall have it
but when, is still my mystery.
Suddenly I feel so loved, so romantic, so deep
are my feelings with life and myself
that I raked all my miseries within to make sure
my life is clean
Suddenly I feel like saying this to all
of you whom had known me since
to forgive all my sins
and I have this expression to tell
That were good and those of bad,
I still love you all
and I sure do thank you."
Suddenly all these words seem different now…
Kritikan